Friday, June 5, 2009

PERJUMPAAN DENGAN DATO' BANDAR IPOH




Perjumpaan dengan Dato' Bandar Ipoh bersama pengarah-pengarah MBI pada 22 Mei 2009 adalah untuk membincangkan masalah di Dun Kepayang. Banyak masalah dibangkitkan pada hari itu antaranya Banjir di Unit Hemodialisis, Banjir di depan Gunung Lang, Banjir di Taman Merdeka ( Merdeka Garden ) Banjir di Kawasan Jalan Kuala Kangsar dan banjir di Taman Moonlight / Starpark.
Selain aduan mengenai banjir aduan mengenai lampu juga sering dibangkitkan oleh penduduk-penduduk dalam kawasan Kepayang antaranya di Tmn Pelangi, Jalan Kuala Kangsar dan Pekan Lama. Saya juga mencadangkan MBI membina pondok perhentian bas sekitar Jalan Kuala Kangsar kerana didapati tiada pondok yang dibina untuk kemudahan orang awam yang menunggu bas ataupun teksi. Kemudahan Awam di Bangunan Waller Court juga telah saya bangkitkan agar MBI segera melakukan pembaikian dan pegubahsuaian demi penduduk-penduduknya yang kebanyakkannya di kalangan orang yang berpendapatan rendah. Masalah kerosakan Taman permainan di Taman Wing Onn juga dijelaskan mengapa MBI perlu segera membuat pembaikian kerana ianya boleh membahayakan orang awam terutama kanak-kanak yang gemar bermain di taman permainan serta beriadah.
Selain masalah-masalah tersebut, banyak lagi yang telah saya bangkitkan demi keperluan penduduk-penduduk setempat. Dato' Bandar berjanji akan cuba menyelesaikan segala masalah yang telah dibangkitkan dan diberi maklum balas sekurang-kurangya pada 15 Jun 2009..

No comments: