Thursday, July 2, 2009

ADUN KEPAYANG BERSUARA UNTUK RAKYAT NEGERI PERAK



Salam bahagia,
Rakyat Negeri Perak hari ini masih berdepan dgn krisis politik dan kemelut rampasan kuasa yang masih tidak berkesudahan. sudah hampir 6 bulan Barisan Nasional merampas kuasa di Negeri Perak.

Saya di sini menyakinkan semua Rakyat Negeri Perak kedudukan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah tidak perlu dipertikaikan dan beliau diktiraf Menteri Besar adalah kerana beliau di pilih oleh Rakyat Perak sendiri di dalam piliharanraya ke 12 mengikut proses demokrasi yang sekian lama diguna pakai di Negara Malaysia.
Malangnya, BN yang telah kehilangan kuasa di negeri ini seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan kekalahannya dan tidak sanggup menunggu untuk mendapatkan Negeri Perak pada pilihanraya yang akan datang sehinggalah tercetusnya idea untuk memujuk wakil rakyat dari Parti Islam Semalaysia ( PAS ) bergabung dengannya sejak 8 Mac 2008. Kesetiakawanan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PAS haruslah dikagumi dan diberi pujian sehingga tertubuhlah Barisan Rakyat gabungan dari 3 parti iaitu DAP, PAS, PKR. Seterusnya nama ditukar kepada Pakatan Rakyat.

Sepatutnya kita berbangga menjadi rakyat Perak kerana tertubuhnya Pakatan Rakyat yang menjadi kelompok gabungan parti politik alternatif kepada rakyat. BN sebenarnya sudah tidak releven lagi perjuangannya di Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum.

Walaupun BN berjaya membeli 3 wakil rakyat pakatan di Perak sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat dinafikan hak serta kuasanya, namun BN telah diberi amaran akan dihukum atas kejahatan yang dilakukannya. Rakyat sendiri akan menghukum BN dengan tidak mengundi lagi calon-calon BN yang bertanding.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat untuk melipat gandakan usaha bagi memastikan usaha merampas kembali Negeri Perak akan menjadi kenyataan samaada dalam jangka masa pendek ataupun panjang.

Bak kata pepatah " tidak lari gunung dikejar, nantinya BN tahu langit tinggi atau rendah "

Semoga Pakatan Rakyat akan terus cemerlang dan sekaligus dapat menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya yang akan datang. Terima kasih. HIDUP PAKATAN RAKYAT !

1 comment:

Blogger said...

As stated by Stanford Medical, It is indeed the ONLY reason this country's women live 10 years more and weigh on average 42 pounds lighter than us.

(Just so you know, it really has NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING related to "how" they are eating.)

P.S, I said "HOW", and not "what"...

Tap this link to reveal if this little questionnaire can help you unlock your real weight loss possibilities